Pertukaran Mata Wang Asing di KLIA2

Jangan bimbang jika anda perlu mendapatkan mata wang asing di KLIA2 sebelum perlepasan. Bank-bank utama ada menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang asing di balai perlepasan, ketibaan dan juga hab pengangkutan di tingkat bawah KLIA2. Mata wang asing seperti Dollar Amerika, Baht Thailand, Dollar Singapura, Dollar Australia, Rupiah Indonesia, Won Korea, Yen Jepun, Euro, Pound UK, Riyadh Arab Saudi semuanya ada di sini. 

Bank / Pengurup Wang / Pertukaran Mata Wang Asing di KLIA2

Bank-bank utama seperti CIMB , Maybank dan AMBank telah membuka cawangan di KLIA2 khas untuk menyediakan khidmat pertukaran wang asing semenjak KLIA2 mula beroperasi. Cawangan Maybank and AM Bank terletak di Tingkat ketiga, iaitu tingkat perlepasan. CIMB pula membuka cawangannya di balai ketibaan di Tingkat dua. Pertukaran mata wang asing di sini sangat selamat. Anda tidak perlu bimbang terpedaya kerana harga-harga pertukaran jelas terpapar di skrin LCD di pintu masuk bank.
Cawangan Maybank untuk pertukaran mata wang asing di KLIA 2. Cawangan Maybank ini sangat popular kerana ia terletak di pintu masuk balai perlepasan Tingkat 3 KLIA 2. 

Ambank Currency Exchange juga berada di Tingkat 3, balai perlepasan KLIA2, berdekatan dengan cawangan Maybank di Tingkat 3. 

Cawangan CIMB yang menyediakan khidmat pertukaran mata wang asing berada di Tingkat 2 balai ketibaan, KLIA2. Lokasinya sedikit tersorot di belakang kedai Giordano. 

Harga / Kadar Pertukaran Mata Wang Asing di KLIA 2

Rata-rata kadar atau harga pertukaran mata wang asing di KLIA 2 agak seragam dan berdaya saing. Sudah tentu ada mata wang tertentu yang lebih murah di setiap bank untuk menarik pelanggan. Seperti di lapangan terbang yang lain, kadar pertukaran di sini sedikit mahal berbanding kadar pertukaran yang ditawarkan di Kuala Lumpur. Pengurup-pengurup wang di KL Sentral atau Mid Valley Megamall menawarkan harga yang lebih murah berbanding bank-bank di KLIA2. Jikalau anda ingin membuat pertukaran untuk jumlah yang besar, cuba elakkan pertukaran last-minit di KLIA2. Ingat, perbedaan kecil dalam kadar tukaran akan membawa kerugian besar apabila jumlah yang ditukar itu banyak. Akan tetapi, jikalau jumlah yang ditukar itu hanya sekadar beberapa ratus Ringgit, perbedaannya tidak ke mana. Lagipun, keadaan di KLIA2 juga selamat kerana pihak keselamatan sentiasa berkawal di sini. Oleh sebab itu, ramai yang suka membuat pertukaran mata wang asing di sini walaupun harganya tinggi sedikit berbanding tempat-tempat lain.

Comments

Post a Comment